Korang percaya tak dengan jatuh cinta pandang pertama? Korang pernah jatuh cinta pandang pertama? Apakah yang dikategorikan dengan cinta pandang pertama tu? Hum. Aku pun tak tau. Pengalaman cinta aku tak banyak. Boleh dibilang dengan jari. Boleh juga dikatakan tipikal. Zaman sekolah, zaman belajar, dan zaman sudah bekerja. Semuanyer bagi perasaan yang berlainan.
Zaman sekolah. Masing-masing muda lagi. Dulu aku ni boleh jugak dikategorikan sebagai tomboy. Bestfren aku budak lelaki. Aku tak susah nak buat kawan. Cuma aku tak suka dengan perangai pelik budak-budak pompuan time tu. Zaman sekolah aku boleh dibahagi pada dua zon; sekolah biasa dan sekolah asrama. Masa sekolah biasa, masa sekolah rendah dulu-dulu kat Melaka, aku memang biasa habiskan masa dengan bermain. Budak mana la yang tak suka main oiii… budak zaman sekarang je mainan derang pelik. Dulu kitorang main basikal, kayuh laju-laju turun bukit, lumba sapa panjat bukit dengan cepat (kalau jumpa anjing liar lagi laju kitorang lari), main soft ball, main baling selipar / baling tin dengan bola tenis (lepas tu bijik mata lebam pasal sorang anak jiran target baaaik punya kat depan mata aku). Semuanya aktiviti yang tak keluarkan duit, cuma keluarkan peluh jek (dan keluarkan tenaga lebih bila kena kejar ngan mak pasal baju kotor macam belacan). Budak zaman sekarang ni lembik sket. Pengaruh jahat pun banyak. Eh aku bukan nak cerita pasal tu la. Aku nak cerita pasal cinta zaman sekolah.
Cinta pertama aku masa di sekolah tadika. Itupun kalau boleh dikatakan cinta la. Ala dulu budak-budak apa tauuuu… tau main, main je… alkisahnya aku nih memang kuat main sejak kecik lagi. Dan kawan-kawan aku biasanya mestilah budak lelaki. Mungkin sebab aku suka main lasak-lasak kot. Peh tuh ada la satu hari tuh aku main kejar-kejar ngan sorang budak laki tu, syok punya main tiba-tiba ada la sorang budak pompuan nih yang berambut panjang dan bertocang (seriyes, rambut dier panjang giler walaupun dah bertocang) masuk campur dan nak main sekali. Yang aku herannyer dia nak main kejar-kejar ngan budak laki nih jek. Panas hati aku. Terus aku marah dan tarik rambut dia. Haha. Cam kelaka. Jeles. Itupun kalau kau boleh panggil cinta la. Tapi aku tetap berkawan baik dengan budak lelaki tu sampai la darjah 3. dia pindah lepas tu. Pindah Johor. Kesian aku kena tinggal.
Cinta seterusnya. Bila kita dah belajar mengenali batas-batas persahabatan antara lelaki dan perempuan. Bila kita dah belajar halal haram dalam hubungan (masa ni aku dah start sekolah agama pada waktu petang, budak zaman sekarang ada sekolah agama lagi keh?) aku berkawan baik dengan seorang ‘bintang’ sekolah. Dia pandai, berkulit cerah, tinggi berbanding kawan-kwan lelaki yang lain (masa tu kan budak pompuan membesar awal), dan digilai ramai. Heran gak aku, kecik-kecik lagi dah pandai suka kat orang itu ini. Masa dulu mana ada henpon. Dulu main surat-surat je. Tulis surat pastuh selit bawah meja. Bukan. Bukan aku. Orang lain. Aku ni kawan baik dia. Sampai kalau kitorang gaduh pun cikgu dapat detect. Memang takleh lari. Kalau citer hindustan tu macam Kuch Kuch Hota Hai la… memang rapat gila. Tapi walaupun dia popular, ketua pengawas, banyak dapat surat cinta, aku masih tak jeles ngan dia. Lah, kawan baik katakan. Sampai la satu ketika masa kawan sekolah agama kitorang yang boleh la dikategorikan cantik dan pandai jugak bagitau kat aku yang dia pun minat dekat kawan baik aku ni. Masa tu sentap seketika, pasalnyer, aku tak pernah terfikir aku akan tersepit dalam situasi tu (haiceh, kecik-kecik lagi dah pandai berperasaan camtuh). Nak dijadikan cerita, aku pun buat la satu sajak khas pasal kawan baik aku nih untuk kawan perempuan aku ni ha… (dulu aku nih buleh kata hebat la dalam permainan bahasa ni… skang ni buleh jadik loyar buruk je la…). DAN KAWAN LELAKI AKU NGAN GATALNYER TERBACA SAJAK YANG AKU TULIS TU. Wah, masa tu aku rasa biasa lagi. Tapi rupa-rupanya kawan lelaki aku tu ingat aku ada perasaan kat dia! (memang betul pun tapi aku takde la sampai gila bayang kat dia). Sajak tu dengan jayanya merosakkan hubungan persahabatan kitorang. Dia dah tak mahu lagi duduk sebelah meja aku dalam kelas. Dia dah tak mau lagi main badminton sambil memperlecehkan raket cap ayam aku lepas sekolah agama. Dia dah tak nak bercakap dengan aku. Sampaikan cikgu panggil kitorang, tanya apa masalah, dia akan kata ‘kami ok je cikgu… tak gaduh pun…’ hakikatnye, kalau tak gaduh, takkan la dari meja kat depan, diusung ke belakang? Semua orang tau. Tapi semua cuma mampu diamkan jer. Dan… persahabatan kami berakhir bila bapak aku ajak pindah ke Terengganu. Masa hari terakhir aku kat sekolah, dia cuba jumpa aku, dia cuba bercakap dengan aku, tapi bila bertentang mata, dia cuma mampu tersenyum kelat sambil mengangguk dan merelakan aku pergi. Sedih weiii… bestfren tuh!
Sekarang ni, apa yang aku dapat simpulkan dari kisah cinta zaman sekolah (rendah) aku adalah, cinta pada sahabat / teman; maksudnya tak semestinya kita bercinta dengan dia, tapi kita sayang dia, kita appreciate dia sebagai sahabat kita masa susah dan senang, kita berkongsi, kita cuba bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam kelas, kita bersaing untuk menjadi ternama di bidang sukan, kita bersaing untuk mendapat tempat teratas untuk setiap kali peperiksaan dan kita bersaing untuk menjadi yang terhebat di setiap pertandingan di peringkat daerah. Istilah cinta zaman sekolah rendah aku bukanlah cinta pada kekasih, tapi cinta pada seorang yang berstatus SAHABAT.
*amaran : ini bukan orang yang sama.
No comments:
Post a Comment