Hum. Pernah masuk kedai besar-besar dan tak dipandang langsung oleh sales girl/man hatta sebelah mata sekalipun? Pernah menerima layanan paling menggigil bila masuk ke kedai yang menjual baju berharga ratusan dan ke atas? Pernah menerima pandangan sinis dari tokeh kedai (yang kemungkinan besar sales girl jugak) bila kita memilih, dan memegang barangan derang yang harga mencecah ribuan ringgit? Jangan risau. Anda tidak keseorangan. Ramai lagi insan-insan lain di luar
Perkara di atas selalu terjadi pada aku apabila:
- berpakaian macam budak sekolah aka seluar jeans, tshirt, selipar jepun, sling bag.
- tidak mempunyai saiz badan sesuai untuk kedai berkenaan
- tidak mempunyai muka yang meyakinkan aka muka ada duit aka muka kaya-raya
Sejauh mana pentingnya imej orang kaya pada anda? Kita memanglah disuruh berpakaian cantik dan kemas supaya sedap mata memandang dan tidak membawa imej ala-ala langsuyor masuk pekan, TAPI perlu ke bergaya macam orang tak pernah masuk shopping complex dengan memakai spek hitam di kala malam atau mekap tebal satu inci walaupun nak masuk Jusco? Alahai… aku rasa masalah sebenar untuk perkara di atas ialah… BIAS. Suka pandang rendah kat orang. MEMILIH. No offense yer tapi aku tengok kalo uncle/auntie chinese tu masuk kedai pakai baju tido pon dapat layanan hebat. Tau la depa banyak duit… tapi ingat kami ni tadak duit ka? Amboi-amboi… tuh la, sales girl/man ni pun dah pandai memilih customer; tanak orang melayu macam kami ni (sori yek, tapi bukan la suma sales girl/man atau yang lebih suka dipanggil promoter ni bersikap pilih rupa macam tu… sikit jer… tapi, yang sikit tuh la perosak imej dan nama baik suma sales girl/man nih).
Memang betul, aku pun paham kepenatan melayan pelanggan, especially kalo pelanggan tu tanak beli ape-ape. ‘Nak tengok jek’ ß kata aku la, selalunya. Tapi ‘nak tengok jek’ tu bagi aku membawa maksud aku tengah survey barang, dari segi rupa, harga, kualiti, kesesuaian… takkan masuk kedai terus nak beli? Pengguna yang bijak biasanya dah survey barang yang sama kat beberapa kedai sebelum membeli. Manalah tau tersalah beli ke,
Anyway, aku ucap terima kasih la pada sales girl/man yang berjaya melayan kecerewetan customer dengan senyuman. Tak salah kita buat baik pada orang, tak luak pon. Ingat satu je, kalau nak marah,
No comments:
Post a Comment